KARAMEL JAGUNG

Cuaca sekarang nie mmg panas, air kosong kena ambil lebih sikit. Dalam keadaan yg panas nie kan enak kalu ada sesuatu yg boleh menyejukkan ank tekak.

Belek punyer belek satu laman blog nie,( dah lupa sapa punyer, apa2 pun terima kasih atas resepi karamel jagung ini) jumpa Karamel jagung. Kebetulan bahan2nya ada dalam dapur ... he3 apa lg jom kita belajar buat KARAMEL JAGUNG.

bahan2nya ..
1 cawan gula- tuk dibuat gula hangus.



1 tin susu cair
1 tin jagung 
5 biji telur
5 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila.

* semua bahan tersebut dicampur semua dan diblenkan.

blenkan semua bahan     
 
 * kemudian masukkan dalam loyang gula hangus tadi.
* kukus 30 minit sehingga masak.

kukus 30 minit  
sejukkan dulu         
 Inilah KARAMEL JAGUNG, yg sungguh enak dan dimakan sejuk2 gituw ....

yummy..... 
SELAMAT MENCUBA YER .... SEDAP...
 




 

ICE - CREAM SIMPLE



ICE-CREAM.... mmm memang enak dimakan ketika musim panas, lebih2 lagi anak2 kita. Terdapat pelbagai perisa yg terdpt kt mana2 kedai.
Hari nie saya mahu kongsikan sedikit resepi ice-cream yg sememangnyer begitu mudah untuk dibuat sendiri dirumah. Yang saya buat hari nie ice-cream berperisa strawberry & ada potongan buah srawberry didalamnyer....

bahan2

1 cwn susu pekat
1 cwn susu segar perasa strawberry
2 cwn air suam
1 sd besar ovalette
1 sd kecil perasa strawberry
1 sd kecil pewarna pink
1 cwn potongan buah strawberry

caranya..

 * campurkan semua kecuali potongan buah & pukul sampai kembang & pekat.
* masukkan dlm freezer 1/2 jam.
* keluarkan balik & pukul lagi dlm 15 minit .
* masukkan potongan buah dan kacau rata.
* simpan dlm bks & hias ikut kreatif masing2.
* masukkan balik dalam freezer & bekukan.


mudahkan cara nk buatnyer. Pasti anak2 lepas nie boleh makan sepuas2nyer . Selamat mencuba yer ibu2 dirumah.


 

KEK PISANG MUDAH


Hari nie jom kita buat KEK PISANG yg begitu mudah sekali utk membuatnyer. 

bahan2

2 bj telur
1 cwn gula
1 cwn pisang 
2 cwn tepung gandum } diayak
1 sd kecil baking powder } diayak 
1 cwn minyak

cara2nya.

* masukkan gula & telur, pukul hingga kembang.
* masukkan pisang & minyak.
* masukkan tpg sikit2, kacau hingga sebati.
* masukkan dlm loyang , bakar 30 minit 170* c.


KUIH LAPIS ANEKA WARNA



 Sudah lama tak up-date laman nie. Dah bersawang2 jadinye.. Kali nie nk kongsi resepi kuih melayu pulak "KUIH LAPIS" yg dimodenkan sikit iaitu di letakkan dalam bekas kecil supaya senang untuk dimakan. Tiap lapisannya pulak berwarna2 kasi menarik anak2 makan. 



Bahan2
* 300 gm tepung beras
* 250 gm tepung gandum
* 700 ml santan
* 1.7 liter air
* 550 gm gula pasir
* sedikit garam
* sedikit pewarna pilihan sendiri

Cara2nya

* Bancuh santan, air & gula hingga gula larut.
* Masukkan tepung gandum & tepung beras, tambahkan garam  &
kacau rata.
* Kemudian tapis dan bahagi kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian dibubuhkan warna pilihan.
* Kukus selapis demi selapis sampai masak.


SELAMAT MENCUBA