Sudah lama tak up-date laman nie. Dah bersawang2 jadinye.. Kali nie nk kongsi resepi kuih melayu pulak "KUIH LAPIS" yg dimodenkan sikit iaitu di letakkan dalam bekas kecil supaya senang untuk dimakan. Tiap lapisannya pulak berwarna2 kasi menarik anak2 makan.
Bahan2
* 300 gm tepung beras
* 250 gm tepung gandum
* 700 ml santan
* 1.7 liter air
* 550 gm gula pasir
* sedikit garam
* sedikit pewarna pilihan sendiri
Cara2nya
* Bancuh santan, air & gula hingga gula larut.
* Masukkan tepung gandum & tepung beras, tambahkan garam &
kacau rata.
* Kemudian tapis dan bahagi kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian dibubuhkan warna pilihan.
* Kukus selapis demi selapis sampai masak.
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan