ICE - CREAM SIMPLE



ICE-CREAM.... mmm memang enak dimakan ketika musim panas, lebih2 lagi anak2 kita. Terdapat pelbagai perisa yg terdpt kt mana2 kedai.
Hari nie saya mahu kongsikan sedikit resepi ice-cream yg sememangnyer begitu mudah untuk dibuat sendiri dirumah. Yang saya buat hari nie ice-cream berperisa strawberry & ada potongan buah srawberry didalamnyer....

bahan2

1 cwn susu pekat
1 cwn susu segar perasa strawberry
2 cwn air suam
1 sd besar ovalette
1 sd kecil perasa strawberry
1 sd kecil pewarna pink
1 cwn potongan buah strawberry

caranya..

 * campurkan semua kecuali potongan buah & pukul sampai kembang & pekat.
* masukkan dlm freezer 1/2 jam.
* keluarkan balik & pukul lagi dlm 15 minit .
* masukkan potongan buah dan kacau rata.
* simpan dlm bks & hias ikut kreatif masing2.
* masukkan balik dalam freezer & bekukan.


mudahkan cara nk buatnyer. Pasti anak2 lepas nie boleh makan sepuas2nyer . Selamat mencuba yer ibu2 dirumah.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan