COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE

Lama betul tk menjengok laman Yummy nie.. Kesibukkan setiap hari sangat2 padat dgn aktiviti yg diluar jangkaan .

Syukur Alhamdulillah diberi ruang lagi utk kita berkongsi resepi dimana boleh menjana pendapatan.

Disini saya kongsi 1 lagi resepi yg enak & perlu sabar dalam proses membuatnya. Dalam pembikinan kek ini banyak memerlukan tenaga tangan utk dapatkan struktur kek cantik .

 COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE



Sebelum tu sediakan loyang 7" @ 8 " @ terpulang , yg diletakkan kertas kek didasar & sekeliling bekas.
Balut dgn aluminium foil utk mengelakkan air masuk kerana cara pembakaran steambath @ bain marie.

Bahan2nya.

A
 
250 gm Cream Cheese
50 gm butter
150 gm susu segar
6 bj kuning telur
1 sd besar jus lemon
1/4 sd kecil garam
60 gm superfine flour}
20 gm tpg jagung } diayak 

- cairkan cream cheese, butter & susu  secara double boil. Sejukkan sebentar.
- dalam kuning telur tadi masukkan garam & jus lemon gaul sebati.
- masukkan dalam adunan cheese yg telah disejukkan tadi & gaul rata.
- masukkan tepung sikit2. Gaul rata jgn sampai berketul2. Boleh jugak ditapis utk hilangkan ketul2 tue. Ketepikan. 
* time nie boleh panaskan oven 10 minit 1508*c.

B

150 gm gula  
6 bj putih telur - buangkan tali pusatnya
1 sd besar Jus Lemon

- pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih .
- masukkan gula sikit2 & pukul sampai bertanduk (soft peak).
- campurkan bhn A ke dlm B & kacau secara kaut balik sehingga sebati.
-  masukkan adunan dalam loyang, bakar 1jam 130*c api ats bawah dgn meletakkan loyang dlm air panas.
- bila sudah masak biarkan dlm oven 5 - 10 minit dgn pintu oven dibuka sedikit.
-bila sudah sejuk bolehlah dihias dgn kreativiti masing2.




SELAMAT MENCUBA .....





 


KEK CHOCLATE MOIST KUKUS

sudah lama tk berkongsi resepi kt sini. Malam nie kerajinan dtg melanda & permintaan dr teman utk berkongsi kek cholate kukus nie.

Bahan2
(A)
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk kok
1 cwn susu cair - guna susu choclate
1 cwn minyak masak

* semua bhn diatas gaul sebati & masak ats api yg perlahan.
* sejukkan seketika.

(B)
3/4 tpg gandum
1 sd kecil soda
1 sd kecil baking powder

* semua bhn diayak bersama.

(C)
4 biji telur - pukul sebati.

Cara2nya.

- satukan bhn B & C kedlm bhn A secara selang seli & gaul sebati.
- bila dh sebati taruk dlm loyang yg disapu minyak sekeliling.
- kukus 30 - 40 minit.



Untuk topping


1 cwn susu pekat
1 cwn serbuk koko
1 sdb minyak jagung.

* masak cara double boil, kacau sampai sebati.
* sejukkan.
* tuang ats kek yg sudah sejuk & tabur coklat rice @ ikut kreatif masing2.





PIZZA ROTI GARDENIA

 Menu petang yg sgt2 mudah dilakukan bersama anak2.
PIZZA ROTI GARDENIA ....

Bahan2nya 

- roti gardenia
- sos Leggo's/ sos spagetti/ sos cili/ sos tomato ( ikut apa yg ada dlm freezer).
- cheese Mozarila.
- potongan crabstick.
- potongan sosej.
- potongan apa2 saja yg ada dlm freezer.
- sayur/ hirisan bawang pon boleh.




Caranya 

* sapu dasar roti ngan sos .
* taburkan potongan yg ada suka. 
* taburkan cheese .
* bakar 150* C 5 minit shj.



Taadaaaa siappp .....



senang sangat2 ..... selamat menjamu selera.

KEK KUKUS CHOLATE CHEESE

1st time buat  kek nie, mmg sedap korang semua kek nie .... dgn rasanya sweet gitu & moist sesangat. Gabungan dgn CHEESE pulak pasti terangkat.

Kat sini saya nk sharekan resepinya. Buat tau jgn malas2 k. Perlu ada kerajinan & kesabaran baru menjadi kih3...

Bahan2nya.

A)
 
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak

* campur semua & masak atas api yg kecil hingga sebati. Sejukkan.

B)

3 biji telur.

C)

1 cwn tepung naik sendiri.



** panaskan  pengukus terlebih dahulu.

* pukul bahan B sampai kembang & gebu.
* masukkan pula ke dlm adunan A tadi, kacau sampai sebati.
* masukkan tepung (C) & gaul sampai sebati .
** loyang disapu minyak sikit & alas kertas.
* kukus dulu separuh dlm 10 minit ( ikut kreativiti masing2).

Untuk Cheese

250gm cream cheese
60 gm gula
25gm air biasa
25gm tepung gandum
1 biji telur

* pukul semua tu kecuali telur hingga kembang & gebu.
* masukkan telur & pukul lagi.
* kukus selang seli dengan adunan coklat tadi, hingga habis.

** masa adunan terakhir kukus dalam 20 minit @ sehingga masak.






Mudah sangatkan caranya . SELAMAT MEMASAK.

 
 

 

CRABSTICK GORENG

Krukk .. krukk .. krukk ... rasa isi ketam yg manis, ranggup & asyik dok mengunyahnyer ... tup ..tup 1 balang dh habis ..he3...
Resepi ni saya jumpa dlm 1 laman blog yg saya sudah lupa apa namanya. Apapun terima kasih tuan punya resepi ini.

Jom saya kongsikan resepi CRABSTICK yg enak ini. Mudah sahaja.

Bahan2

1 kg crabstick - yg disiat2
1 cwn tepung beras
1 sdb tepung jagung
1 sdb serbuk kari
1 sdk serbuk cili ( jika mahu rasa pedas)
1 sdk serbuk lada putih
sedikit garam
daun kari
  




* semua tu gaul rata & goreng garing.

  
dah siap ...




Begitu senangkan mahu membuatnyer SELAMAT MENCUBA....




EGGS TARTS

Mari buat sendiri & nikmati  keenakan EGGS TARTS. Bahan2 yg begitu mudah didapati & senang utk dibuat.




Bahan2nya

200 gm tepung gandum - diayak
50 gm gula halus
1 bj telur - dipukul sedikit
100 gm butter.

* gula, tpg & butter digaul sebati.
* masukkan telur, uli hingga jd doh yg lembut.
* tekap dlm acuan.




Fillingnya

3 bj telur
80 gm gula
100 ml susu cair + 100 ml air

* campur kesemuanya, kacau sebati & tapis.
* isi dlm doh td & bakar 25 minit 140* c ( ikut jenis oven).



Selamat mencuba.



PUDING ROTI KARAMEL

Jom di sini saya kongsikan resepi mudah PUDING ROTI KARAMEL. Bagus utk mengelakkan pembaziran roti yg kt dapur tu habis tarikh begitu saja. Sangat2 senang utk buatnyer hasil dari air tangan kita sendiri

Bahan2.

3 sd besar gula - dijadikan gula hangus.
4 keping roti gardenia
3 bj telur - dipukul manja & tapis
2 cwn air suam
1 cwn susu pekat
1 sd teh esen vanilla

Caranya.

- buat gula hangus dulu dlm loyang & ketepikan.
- pnskan pengukus, carik2kan roti & blender bersama air suam, susu, telur & esen vanilla.
- masukkan adunan td dlm loyang gula hangus & kukus hingga masak dlm 1/2 jam.

Selamat mencuba.