COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE

Lama betul tk menjengok laman Yummy nie.. Kesibukkan setiap hari sangat2 padat dgn aktiviti yg diluar jangkaan .

Syukur Alhamdulillah diberi ruang lagi utk kita berkongsi resepi dimana boleh menjana pendapatan.

Disini saya kongsi 1 lagi resepi yg enak & perlu sabar dalam proses membuatnya. Dalam pembikinan kek ini banyak memerlukan tenaga tangan utk dapatkan struktur kek cantik .

 COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE



Sebelum tu sediakan loyang 7" @ 8 " @ terpulang , yg diletakkan kertas kek didasar & sekeliling bekas.
Balut dgn aluminium foil utk mengelakkan air masuk kerana cara pembakaran steambath @ bain marie.

Bahan2nya.

A
 
250 gm Cream Cheese
50 gm butter
150 gm susu segar
6 bj kuning telur
1 sd besar jus lemon
1/4 sd kecil garam
60 gm superfine flour}
20 gm tpg jagung } diayak 

- cairkan cream cheese, butter & susu  secara double boil. Sejukkan sebentar.
- dalam kuning telur tadi masukkan garam & jus lemon gaul sebati.
- masukkan dalam adunan cheese yg telah disejukkan tadi & gaul rata.
- masukkan tepung sikit2. Gaul rata jgn sampai berketul2. Boleh jugak ditapis utk hilangkan ketul2 tue. Ketepikan. 
* time nie boleh panaskan oven 10 minit 1508*c.

B

150 gm gula  
6 bj putih telur - buangkan tali pusatnya
1 sd besar Jus Lemon

- pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih .
- masukkan gula sikit2 & pukul sampai bertanduk (soft peak).
- campurkan bhn A ke dlm B & kacau secara kaut balik sehingga sebati.
-  masukkan adunan dalam loyang, bakar 1jam 130*c api ats bawah dgn meletakkan loyang dlm air panas.
- bila sudah masak biarkan dlm oven 5 - 10 minit dgn pintu oven dibuka sedikit.
-bila sudah sejuk bolehlah dihias dgn kreativiti masing2.




SELAMAT MENCUBA .....





 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan